Tuesday 2 February 2016

MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA WARGA KERJA JKR N. SEMBILAN DAN KONVENSYEN KIK JKR N. SEMBILAN 2016 27 Januari 2016 – Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban



Mengagumkan. Itulah ungkapan yang sangat sesuai terhadap penganjuran, pengisian dan penglibatan warga JKR N. Sembilan dalam Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Kerja JKR N. Sembilan dan Konvensyen KIK JKR N. Sembilan Tahun 2016.
Seramai lebih kurang 300 pegawai dan kakitangan JKR N. Sembilan telah hadir menyaksikan majlis dan Konvensyen KIK tersebut serta menumpukan perhatian terhadap amanat Pengarah JKR N. Sembilan.  

JKR N. Sembilan turut meraikan beberapa pegawai dan kakitangan yang telah mengharumkan nama jabatan dengan memberi penghargaan kepada yang berkenaan seperti berikut :
1          Johan Anugerah Pasukan Pengurusan Projek (HOPT) Terbaik JKR Malaysia 2015 melalui Projek Membina  Sekolah Agama Rakyat Desa Permai, Port Dickson

2          Johan Anugerah Pasukan Pengurusan Pembinaan Terbaik JKR Malaysia 2015 melalui Projek Membina Sekolah Agama Rakyat Desa Permai, Port Dickson

3          Tempat Ke-3 Anugerah Pasukan Pengurusan Projek (HOPT) Terbaik JKR Malaysia 2015 melalui Projek Membina Baru Masjid Seremban Jaya, Seremban

4          Tempat Ke-3 Anugerah Pengelolaan Kontraktor Cemerlang JKR Malaysia 2015 Bagi Kos Projek Kurang RM10 Juta melalui Projek Membina Baru Masjid Seremban Jaya, Seremban

5          Anugerah Khas Pengurusan JKR Daerah Terbaik JKR Malaysia 2015 diperolehi oleh JKR Port Dockson

6          Johan (JKR Negeri) dan Johan Keseluruhan Anugerah Pengurusan Aset Alih Kerajaan JKR Malaysia 2015

7          Naib Johan Anugerah Konvensyen KIK JKR Malaysia 2015 bagi Kategori Teknikal dimenangi oleh Kumpulan INSPERA JKR Tampin

8          Penarafan 4 Bintang Anugerah Indeks Akauntabiliti 2015 Berdasarkan Prestasi Kewangan Tahun 2014

9          Penarafan 5 Bintang Penilaian The Providers Based Evaluation (ProBE) Peringkat Malaysia bagi Laman Web JKR N. Sembilan

10        Panarafan 5S bagi Amalan Persekitaran Berkualiti 2015

11        Anugerah Telefonis Terbaik
            Johan                          :           JKR Jelebu
            Naib Johan                 :           JKR Jempol
            Tempat Ke-3              :           Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

12        Anugerah Tokoh JKR N. Sembilan Tahun 2015
            Sesi 1 (Jan – Jun)       :           En. Muhammad Abdul Syahid Bin Saari
                                                            Jurutera Awam J41 JKR Tampin

                                                            Pn. Siti Nor Hafizah bt Bakar
                                                            Pembantu Akauntan W17 Ibu Pejabat

                                                            En. Abd. Rahman bin Abd. Rahim
                                                            Pembantu Awam Gred H11 JKR Port Dickson

            Sesi 2 (Julai – Dis)     :           Pn. Roosaneza bt Ramli
                                                            Jurutera Awam J41 Bhg. Bangunan

                                                            Pn. Suraya bt Ibrahim
                                                            Pembantu Tadbir Gred N22 JKR Jempol

                                                            Pn. Zuraida bt Zakaria@Abdul Rahman
                                                            Pembantu Awam Gred H11 JKR Jelebu


Dalam Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) kesemua lapan (8) Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) telah mempamerkan kehebatan masing-masing. Panel Penilai telah membuat keputusan seperti berikut :

Johan                          :           Kumpulan REBANA dari JKR Rembau
Naib Johan                 :           Kumpulan OH MY BIRD dari JKR Kuala Pilah
Tempat Ketiga           :           Kumpulan JEMPRO dari JKR Jempol

Setelah menyaksikan kumpulan-kumpulan lain yang turut menunjukkan kekuatan dengan projek masing-masing, pihak Pengurusan bercadang untuk menghantar sebahagian besar kumpulan-kumpulan tersebut untuk menyertai peringkat saringan Konvensyen KIK JKR Malaysia pada Tahun 2016 ini.
Lima kumpulan lain yang telah turut serta dalam Konvensyen KIK JKR N. Sembilan 2016 adalah :

Kumpulan aN9                      :           Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Kumpulan Mechalics            :           Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Kumpulan Road9                  :           JKR Jelebu
Kumpulan Konspirasi           :           JKR Port Dickson
Kumpulan Balistik                 :           JKR Seremban

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran majlis berkenaan.


No comments:

Post a Comment