Monday 7 March 2016

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN TANGKI AIR DI TAMAN KSNS, REMBAU, NEGERI SEMBILAN





Syabas kepada JKR Daerah Rembau atas kejayaan menyiapkan Projek Pembinaan Tangki Air Di Taman KSNS, Rembau, N. Sembilan yang menelan belanja sebanyak RM920,082.00. Kerja-kerja pembinaan telah berjaya disiapkan seperti yang dipersetujui iaitu dalam tempoh 10 bulan. Projek ini telah diserahkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) selaku pelanggan dan seterusnya diserahkan kepada SAINS dalam Majlis Penyerahan yang telah berlangsung dari pukul 3:00 petang pada 26 Februari 2016.

Projek Pembinaan Tangki Air ini melibatkan pembinaan struktur berketinggian 7 tingkat, Tangki servis berkapasiti 70,000 gelen, 24,000 gelen Tangki Sedutan dan Rumah Pam serta kerja-kerja Mekanikal dan Elektrik.

Pujian harus juga dikongsi bersama pihak Kontraktor Gempadu Bena Enterprise yang telah melaksanakan projek ini dengan cemerlang sejak dari Tarikh Milik Tapak pada 16 Disember 2014 sehingga Tarikh Siap pada 20 Oktober 2015


Perolehan projek ini adalah dengan menggunakan kaedah Tender Terbuka dan direkabentuk secara Konvensional Dalaman oleh JKR Negeri Sembilan. Walaupun projek pembinaan tangki air yang direkabentuk secara dalaman jarang dilaksanakan, namun dengan komitmen daripada semua ahli pasukan, projek ini telah dapat direalisasikan dengan jayanya.


No comments:

Post a Comment