Wednesday 22 January 2014

Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan dan Penyerahan Borang Opsyen Selaras Dengan Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2013

Pada tanggal 20 Januari 2014 telah diadakan Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Dan Penyerahan Borang Opsyen kepada semua Juruteknik JKR Negeri Sembilan bertempat di Dewan Theatrette Wisma Negeri, Negeri Sembilan.

Majlis tersebut turut dihadiri hampir semua Ketua Penolong Pengarah dan Jurutera Daerah serta Juruteknik/Pelukis Pelan JKR N. Sembilan.

Tuan Pengarah, En. Abdul Karim bin Mohd Tahir telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut di mana huraian intipati amanat beliau telah disampaikan dengan jelas dan difahami semua

Acara-acara lain yang berlangsung adalah dialog antara Juruteknik dan pihak Pengurusan JKR N. Sembilan serta penyerahan Borang Opsyen Penjumudan dan Penambahbaikan Skim Juruteknik/Pelukis Pelan kepada Skim Penolong Jurutera. 

Teks Ucapan Pengarah:


Gambar-gambar Majlis