Tuesday 19 January 2016

PROGRAM WALKABOUT JKR MALAYSIA KE JKR N. SEMBILAN 18.1.2016



Program Walkabout KPKR JKR Malaysia ke JKR N. Sembilan berlansung pada 18 Jan 2016 dalam suasana yang ceria dan penuh mesra. Program tersebut turut dihadiri oleh Ir. Haji Daud bin Harun, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan Ir. Haji Jamal bin Sulaiman, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK).

Dalam amanat beliau, pekara-pekara penting seperti kompetensi, pengiktirafan profesional, pejawatan, audit dan pegurusan kontrak turut dibincangkan demi memelihara imej JKR.

Pengarah JKR N. Sembilan dalam ucapan dan taklimat beliau, turut menyenaraikan anugerah-anugerah yang telah dimenangi JKR N. Sembilan pada tahun 2015. Anugerah-anugerah tersebut termasuklah Anugerah Pengurusan Projek Terbaik, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Laman Web, Pengurusan Aset Alih dan 5S.

Program ini diakhiri dengan sesi ramah mesra antara KPKR dan warga JKR N. Sembilan yang menggambarkan bahawa JKR sudah bersedia untuk meneruskan momentum kecemerlangan pada tahun 2016 ini.



No comments:

Post a Comment