Thursday 28 November 2013

MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI YANG GILANG GEMILANG SEMPENA HARI INOVASI DAN SUKAN JKR SEMALAYSIA

Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan. Begitulah ungkapan yang layak dilontarkan terhadap Majlis Makan Malam Negeri sempena Hari Inovasi Dan Sukan JKR Semalaysia 2013 yang telah diadakan pada 17 November 2013 yang lalu di Balairong Seri Negeri, Hotel Royale Bintang Seremban.

YB Dato Dr. Haji Awalluddin bin Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.


Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap JKR yang sentiasa memberikan perkhidmatan cemerlang terhadap rakyat. Sebagai bukti, beliau sendiri amat berpuas hati dengan khidmat JKR di kawasan DUN yang beliau wakili. Turut memberi ucapan adalah Yang berbahagia Dato’ Seri Ir. Hj. Mohd Nor bin Yaakob, Ketua pengarah Kerja Raya Malaysia.


Dif-dif kehormat yang hadir terdiri daripada beberapa EXCO dan barisan pengarah atasan JKR Malaysia.

Jamuan makan telah diiringi oleh Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan dengan nyanyian dan tarian kebudayaan Negeri Sembilan yang sangat menghiburkan.

Hadiah-hadiah utama Sukan JKR SeMalaysia yang telah diadakan pada 16 & 17 November 2013 turut disampaikan dalam majlis berkenaan. JKR Johor telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Piala-piala telah disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.


Kesemua aturcara yang tersusun berakhir sebagai negeri yang telah Berjaya diwarnai dengan begitu cemerlang sekali.

 Syabas JKR Negeri Sembilan!


Suasana semasa pembukaan majlis.


Ucapan oleh KetuaPengarah Kerja Raya,.



Pengarah-Pengarah Negeri yang berjaya menggondol kejuaraan pada Karnival Sukan kali ini.


Sesi bergambar dan ramah mesra bersama para tetamu kehormat.
Terima kasih Bahagian Kewangan JKRNS yang bertungkus-lumus menyiapkan kerja hingga malam hari. Dedikasi seperti inilah yang kita mahukan!

No comments:

Post a Comment