Wednesday 27 November 2013

Hari Inovasi JKR Malaysia 2013 Berlangsung Meriah di Seremban



Majlis telah dianjurkan dengan jayanya oleh JKR N. Sembilan



Sambutan Hari Inovasi JKR Malaysia JKR Malaysia 2013 telah berlangsung pada 18 dan 19 November 2013 di Klana Resort dan Hotel Royal Bintang, Seremban.


Selaku tuan rumah kepada Majlis Hari Inovasi JKR Malaysia 2013, selayaknyalah JKR N.Sembilan diberi pujian atas penganjuran yang kemas,teratur dan lancar di samping acara-acara seperti persembahan koir dan gimik perasmian yang unik lagi mencuit hati para tetamu.


Perasmian majlis yang berlangsung di Klana Resort Seremban ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Seri Ir. Haji Mohd Nor bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.


Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat negeri iaitu YB Dato' Haji Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan YB Dato' Haji Tahar bin Sudin, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan. Manakala kesemua Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia turut hadir sama.

Hari Inovasi JKR Malaysia kali ini telah disatukan dengan Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2013 yang telah diadakan lebih awal iaitu pada 16 dan 17 November 2013.


Para tetamu juga berpeluang menyaksikan gerai-gerai pameran produk terkini yang berada di pasaran di ruang lobi 'Ballroom' di mana acara perasmian Majlis dan Konvensyen KIK berlangsung. Di samping itu Konvensyen KIK telah diadakan di tempat yang sama sebaik sahaja acara perasmian majlis berakhir. Manakala program-program seperti Mesyuarat Pengarah, Jurutera Daerah dan Pegawai Kader diadakan pula di Hotel Royale Bintang Seremban.


Sebanyak 6 pasukan KIK (Teknikal) dan 4 pasukan KIK (Pengurusan) telah terpilih menyertai pertandingan pada kali ini. Keputusan penuh adalah seperti berikut:


Kategori Teknikal

Johan: Kumpulan 1-KINOS (JKR Daerah Sepang)

Tajuk: Kos Pembersihan Jalan Raya adalah tinggi



Naib Johan: Kumpulan AURORA JR. (JKR Seberang Perai Utara)

Tajuk: Kemudahan Penyenggaraan 'Scupper Drain'



Tempat Ke-3: Kumpulan LED-9 (Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR N.Sembilan)

Tajuk: 'Quick Failure Alarm Status Through SMS'



Kategori Pengurusan

Johan: Kumpulan QS Inovatif 2012 (Bahagian KUB, JKR Selangor)

Tajuk: Kelewatan Penyediaan Surat Setuju Terima Tender



Naib Johan: Kumpulan SINERGI N9 (JKR N. Sembilan)

Tajuk: Mengatasi Masalah Kelewatan Penyediaan Dokumen Tender



JUARA KESELURUHAN: Kumpulan 1-KINOS (JKR Sepang)


Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh YBhg Dato' Seri Ir. Haji Mohd Nor bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Selain pertandingan KIK, pemenag pertandingan Inovasi turut menerima hadiah manakala Pengurus-pengurus Projek Bertauliah telah menerima sijil masing-masing.

 Sila Klik Link di bawah untuk gambar-gambar semasa majlis tersebut:

http://jkrns.ns.gov.my/images/BeritaTerkini/KIK_Inovasi_Semalaysia/Gambar_MAJLIS_ANUGERAH_SEMPENA_HARI_INOVASI_JKR_MALAYSIA_2013.pdf

Original Artikel: 
http://jkrns.ns.gov.my/index.php/component/content/article/118-aktiviti-jkr-ns/348-hari-inovasi-jkr-malaysia-2013


No comments:

Post a Comment