Wednesday 27 November 2013

JKR NEGERI SEMBILAN ULANGI KEGEMILANGAN DALAM PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN JKR SEMALAYSIA 2013


JKR Negeri Sembilan mengulangi kecemerlangannya
menganjurkan Karnival Sukan JKR Se -Malaysia 2013 sejajar dengan Slogan 1Malaysia, 1Sukan, 
1JKR. Berlangsung selama dua hari bermula dari 16 hingga 17 November 2013 dengan 8
acara sukan telah diadakan serentak di beberapa venue sukan di sekitar Bandar
Seremban.

Sebanyak 15 kontinjen dengan peserta seramai hampir 1,300 orang telah berkampung di
ibu negeri Negeri Sembilan sepanjang Karnival Sukan tersebut.

Yang Berhormat Datuk Fadillah Bin Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia telah melahirkan 
kegembiraan beliau dalam ucapan semasa Perasmian Karnival Sukan JKR SeMalaysia yang
berlangsung dengan gilang gemilang pada malam 15 November 2013. YBhg Dato’ Seri 
Ir. Mohd Noor bin Yaacob, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan barisan 
Pengurusan Atasan yang hadir bersama seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya khususnya
warga kerja JKR Negeri Sembilan berasa amat bangga serta berbesar hati dengan kehadiran 
Yang Berhormat Menteri. Syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa pengelola yang 
diterajui  oleh Jawatankuasa Karnival Sukan JKR Se-Malaysia atas komitmen dan 
kesungguhan dalam  menjayakan Karnival Sukan kali ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua terutama kepada Jawatankuasa Kelab Sukan dan 
Kebajikan JKR Negeri Sembilan yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan 
Karnival Sukan kali ini. Idea menganjurkan Karnival Sukan JKR SeMalaysia ini mula 
dicetuskan oleh bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan iaitu YBhg 
Dato’Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha manakala Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan, 
En. Abdul Karim bin Mohd Tahir telah menyahut cabaran dengan menyempurnakan 
penganjuran kali ini.
Ironinya majoriti semua JKR Negeri, Ibu Pejabat JKR yang bergabung bersama semua 
Cawangan dan KKR telah turut mengambil bahagian dalam Karnival Sukan ini bagi kesemua 
8 jenis sukan yang dpertandingkan iaitu Bolasepak, Badminton, Sepaktakraw, Bolatampar, 
Bolajaring, Pingpong, Boling dan Golf. Tahniah dan syabas kepada pasukan JKR Johor 
yang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan. Kepada yang belum bernasib baik
jangan berputus asa, tingkatkan usaha, cuba dan cuba lagi. Kepada tuan rumah yang akan 
menganjurkan Sukan JKR Se-Malaysia seterusnya, Selamat Maju Jaya diucapkan.
1Malaysia 1Sukan 1JKR!
Original article:
Gambar-gambar semasa acara sukan sedang dipertandingkan:





















 

1 comment: