Friday 13 November 2015

Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CORRUPTION RISK MANAGEMENT)

JKR Daerah Tampin dengan kerjasama SPRM Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CORRUPTION RISK MANAGEMENT) yang telah diadakan selama 4 hari iaitu dari 10 hingga 13 November 2015.
IMG 20151113 WA0080


Seperti yang dirancangkan, bengkel selama 4 hari ini telah berjaya membawa penglibatan seramai 35 orang pegawai dan kakitangan dari JKR Tampin dan JKR NS. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JKR Tampin dan JKR NS mengenai elemen integriti untuk dijadikan budaya dalam menjalankan tugas harian. Bengkel berkenaan bertujuan membantu dan meningkatkan kefahaman terhadap integriti dengan pendekatan Penilaian dan Pengurusan Risiko untuk dijadikan amalan dalam pengurusan.
Berdasarkan objektif utama tersebut adalah menjadi harapan satu mekanisme mendidik serta meningkatkan kesedaran kakitangan JKR Tampin dan JKR NS dapat diwujudkan bagi menutup ruang dan peluang rasuah di samping mengekalkan tahap integriti perkhidmatan sejajar dengan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Bengkel berkenaan juga telah berjaya menghasilkan kerangka pelan tindakan pencegahan rasuah untuk dijadikan Pelan Pemantapan Integriti bagi JKR Tampin dan JKR NS.
Bagi menjaga imej dan kepercayaan masyarakat luar terhadap JABATAN KERJA RAYA segala usaha mengekalkan integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam jati diri seseorang penjawat awam adalah sangat perlu bagi memastikan segala halatuju visi dan misi jabatan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya.
IMG 20151113 WA0079
IMG 20151113 WA0081
IMG 20151113 WA0082
IMG 20151113 WA0083
IMG 20151113 WA0084
IMG 20151113 WA0085
IMG 20151114 WA0043
IMG 20151114 WA0044
IMG 20151114 WA0045
IMG 20151114 WA0046
IMG 20151114 WA0047
IMG 20151114 WA0048

No comments:

Post a Comment