Monday 29 December 2014

LAPORAN RINGKAS MISI BANTUAN BANJIR KE PANTAI TIMUR


LAPORAN RINGKAS MISI BANTUAN BANJIR 
KE PANTAI TIMUR

 Pada 29 Disember 2014 ( Isnin), Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan telah mengambil langkah inisiatif bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang berlaku di negeri –negeri Pantai Timur. JKR Ngeri Sembilan telah membuat kutipan derma dan sumbangan barangan keperluan daripada JKR daerah dan cawangan. Hasil sumbangan tersebut telah dihantar melalui Misi Kemanusian Kementerian Kerja Raya / Jabatan Kerja Raya Malaysia ke Pantai Timur. Misi tersebut diketuai oleh Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga,JKR Malaysia,  Dato’ Roslan bin Md Taha. Misi Bantuan Kemanusiaan KKR/JKR Malaysia ini telah membuat agihan sumbangan barangan keperluan ke Jajahan Kuala Krai, Gua Musang, Machang, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Jerantut dan Kuala Lipis. 

Selain itu, misi bantuan kemanusiaan ini turut mendapat kerjasama dengan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia dan agensi swasta seperti Petronas Sdn Bhd melalui Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas ( KSRP). Sehubungan dengan itu, JKR Negeri Sembilan telah mengerakkan aset yang dimiliki iaitu lori 3 tan untuk membantu menjayakan misi tersebut. 

JKR Negeri Sembilan juga telah membantu daerah Bera, Pahang dengan bantuan lori tipper untuk kerja-kerja bantuan banjir disana. Secara keseluruhan, JKR Negeri Sembilan telah menggerakan kenderaan lori 3 tan sebanyak 7 buah dan 2 buah lori tipper dalam memberi bantuan pengangkutan menjayakan misi bantuan banjir di Pantai Timur.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai Misi Bantuan Kemanusiaan daripada JKR Negeri Sembilan :

1)         Misi Bantuan Kemanusiaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ke Pantai Timur.
Tarikh: 30 Disember 2014 – 1 Januari 2015
Kenderaan: NCK 4157 (Lori 3 Tan)
Daerah/ Bahagian: Daerah Port Dickson
Pemandu: Mohd Noor bin Mohd Arof           
Pembantu: Azman bin YusoH

2)         Misi Bantuan Kemanusiaan  Banjir 2014 Petronas Sdn Bhd bersama Jabatan Kerja Raya Malaysia
Tarikh: 30 Disember 2014 – 4 Januari 2015
Kenderaan: NCK 3790 (Lori 3 Tan)
Daerah/Cawangan: Cawangan Mekanikal
Pemandu: Kamarul bin Hashim

Kenderaan: NCN 5065 (Lori 3 Tan)
Daerah/Cawangan: Daerah Kuala Pilah
Pemandu: Azman bin Abd Majid
Pembantu : Zulkefli bin Ahmad

3)         Misi Bantuan Kemanusiaan Kementerian Kerja Raya/ Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Tentera Udara Diraja Malaysia
Tarikh: 1 Januari 2015 – 04 Januari 2015
Kenderaan: NCN 5119 ( Lori 3 Tan )
Daerah/Cawangan: Daerah Seremban
Pemandu: Jeffrizal bin Baharudin
Pembantu : Ainul Fadzli bin Mohd Khairol

Kenderaan: NCN 5386 ( Lori 3 Tan )
Daerah/Cawangan: Daerah Jempol
Pemandu: Mazlan bin Udin

Kenderaan: NCN 5374 ( Lori 3 Tan )
Daerah/Cawangan: DaerahTampin
Pemandu: Halim bin Ismail

Kenderaan: NCK 4452 ( Lori 3 Tan )
Daerah/Cawangan: DaerahRembau
Pemandu: Roslan bin Samsudin



4)         Misi Bantuan Kemanusiaan Kementerian Kerja Raya/ Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Tentera Udara Diraja Malaysia
Tarikh: 2 Januari 2015 – 04 Januari 2015
Kenderaan: NCK 4157 ( Lori 3 Tan)
Daerah/ Bahagian: Daerah Port Dickson
Pemandu: Mohd Noor bin Mohd Arof           
Pembantu: Azman bin Yusoh

5)         Bantuan Kenderaan Lori Tipper ke Bera, Pahang
Tarikh: 30 Disember 2014 - 06 Januari 2015
Kenderaan:WCY 5048( Lori Tipper)
Daerah/ Bahagian: Daerah Jelebu
Pemandu: Ravidran
Pemandu: Thanggavellah

Tarikh: 28 Disember 2014 - 02 Januari 2015
Kenderaan:WDB 8073 ( Lori Tipper)
Daerah/ Bahagian: Daerah Jempol
Pemandu: Norhairi bin Muhamad
Pemandu: Mohd Akhmar bin Mohamed
Pemandu: Sharizan bin Kulul
Pemandu: Abu Hassan bin Ahir
Pemandu: Ismail bin Aziz






No comments:

Post a Comment