TEMUDUGA PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN
TERDAHULU (PPT)
ANJURAN JKR NEGERI SEMBILAN
Pada tanggal 10 Julai 2014, buat julung-julung kalinya telah berlangsung satu sesi Temuduga Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) anjuran JKR Negeri Sembilan. Temuduga PPT ini telah diadakan di Bilik Temuduga SUK Negeri Sembilan, Wisma Negeri dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
a) En. Jeffrizal Bin
Baharudin
b) Pn. Fauzaipah Binti
Mukhtar
c) Pn. Sharifah Binti Mohamed
d) En. Muhammad Bin Ali
e) En. Shahazman Bin Mohamed
f) En. Azhar Bin Arifin
g) En. Mohd Hashim Bin Mohd
Tahir
h) En. Masidi Bin Malek
i)
En. Baharin Bin Kasim
j)
En. Azlan Bin Abdul Rahman
k) En. Izaini Bin Kasim
a) En. Mohd Mazlan Bin
Mohamed
b) En. Hashim Bin Taja
Ariffin
c) En. Sanusi Bin Shariff
d) Pn. Khadijah Bt Isaak
e) Pn. Norzanarita Eezan Bt
Abdul Ghani
Adalah difahamkan bahawa mana-mana peserta yang berjaya mendapatkan pengiktirafan ini berpeluang untuk meningkatkan kerjaya masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.
Para peserta dan panel bergambar kenangan dengan Urus Setia Temuduga JKR Negeri Sembilan.
PENERANGAN MENGENAI PPT
PELAKSANAAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN
TERDAHULU (PPT)
SECARA SINGLE TIER / FAST TRACK
(TEMUDUGA KHAS)
1. Pensijilan
Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK). Pensijilan ini menawarkan lima (5) tahap pensijilan iaitu:
a) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
b) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
c) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
d) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap
4
e) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
(DLKM) Tahap 5
2. Pensijilan
Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah iaitu:
a) Melalui
Latihan di Institusi Yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di
pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang dan tahap kemahiran yang tertentu dan
telah ditauliahkan.
b) Melalui
Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan
Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institusi latihan
kemahiran
c) Melalui
Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia
melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti
ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan
oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
2.(b) Maklumat
Umum PPT
Apa itu PPT?
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
ataupun dahulu dikenal sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu
kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh
membuktikan ketrampilan yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang
dimiliki.
Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah
satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan
memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan
konsep pembelajaran sepanjang hayat agar proses ini dapat membantu individu
untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal
atau tidak formal.
Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan ?
Semua pekerja industri dari sektor
perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam
bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment