TEMUDUGA PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN
TERDAHULU (PPT)
ANJURAN JKR NEGERI SEMBILAN
Pada tanggal 10 Julai 2014, buat julung-julung
kalinya telah berlangsung satu sesi Temuduga Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
(PPT) anjuran JKR Negeri Sembilan. Temuduga PPT ini telah diadakan di Bilik
Temuduga SUK Negeri Sembilan, Wisma Negeri dari jam 9.00 pagi hingga 12.30
tengah hari.
Seramai 11 orang calon yang terdiri daripada 8
orang staf Jabatan Kerja Raya, 1 orang staf Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, 1
orang staf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan 1 orang staf Pejabat
Daerah dan Tanah Seremban telah menghadiri temuduga tersebut. Senarai calon
adalah seperti berikut:
a) En. Jeffrizal Bin
Baharudin
b) Pn. Fauzaipah Binti
Mukhtar
c) Pn. Sharifah Binti Mohamed
d) En. Muhammad Bin Ali
e) En. Shahazman Bin Mohamed
f) En. Azhar Bin Arifin
g) En. Mohd Hashim Bin Mohd
Tahir
h) En. Masidi Bin Malek
i)
En. Baharin Bin Kasim
j)
En. Azlan Bin Abdul Rahman
k) En. Izaini Bin Kasim
Manakala 5 orang Panel Penilai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran
telah hadir bagi merealisasikan temuduga tersebut. Senarai panel berkenaan adalah
seperti berikut:
a) En. Mohd Mazlan Bin
Mohamed
b) En. Hashim Bin Taja
Ariffin
c) En. Sanusi Bin Shariff
d) Pn. Khadijah Bt Isaak
e) Pn. Norzanarita Eezan Bt
Abdul Ghani
Adalah difahamkan bahawa mana-mana peserta
yang berjaya mendapatkan pengiktirafan ini berpeluang untuk meningkatkan
kerjaya masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.