JKR  Negeri  Sembilan  mengulangi  kecemerlangannya
menganjurkan Karnival Sukan  JKR  Se -Malaysia  2013  sejajar  dengan  Slogan  1Malaysia,  1Sukan, 
1JKR. Berlangsung selama dua hari bermula dari 16 hingga 17 November 2013 dengan 8 
acara sukan telah diadakan serentak di beberapa venue sukan di sekitar Bandar 
Seremban. 
Sebanyak  15  kontinjen  dengan  peserta  seramai hampir  1,300 orang telah  berkampung  di 
ibu  negeri Negeri  Sembilan  sepanjang  Karnival  Sukan tersebut.
Yang
  Berhormat  Datuk  Fadillah  Bin  Yusof,  Menteri  Kerja  Raya  
Malaysia  telah melahirkan 
kegembiraan beliau dalam ucapan semasa 
Perasmian Karnival Sukan JKR  SeMalaysia  yang
berlangsung  dengan  
gilang  gemilang  pada  malam  15 November  2013.  YBhg  Dato’  Seri 
Ir.  Mohd  Noor  bin  Yaacob,  Ketua  Pengarah Jabatan
 Kerja Raya Malaysia dan barisan 
Pengurusan Atasan yang hadir bersama 
seluruh warga  kerja  Jabatan  Kerja  Raya  khususnya
warga  kerja  
JKR  Negeri Sembilan   berasa   amat   bangga serta berbesar
   hati   dengan   kehadiran 
Yang Berhormat Menteri. Syabas  dan  
tahniah  kepada  ahli  jawatankuasa  pengelola  yang 
diterajui  oleh 
Jawatankuasa Karnival Sukan JKR Se-Malaysia atas komitmen dan 
kesungguhan dalam  menjayakan Karnival Sukan kali ini.
Setinggi-tinggi
   penghargaan   kepada   semua   terutama   kepada   Jawatankuasa Kelab
  Sukan  dan 
Kebajikan  JKR  Negeri  Sembilan  yang  telah  bertungkus 
 lumus dalam memastikan kejayaan 
Karnival Sukan kali ini. Idea 
menganjurkan Karnival Sukan  JKR  SeMalaysia  ini  mula 
dicetuskan oleh bekas Pengarah  Jabatan  Kerja Raya  Negeri  Sembilan  iaitu  YBhg 
Dato’Ir. Dr.  Roslan Bin  Md  Taha manakala Pengarah  Kerja  Raya  
Negeri  Sembilan, 
En.  Abdul  Karim  bin  Mohd  Tahir telah menyahut 
cabaran dengan menyempurnakan 
penganjuran kali ini.
Ironinya
 majoriti  semua  JKR  Negeri,  Ibu  Pejabat  JKR  yang  bergabung  
bersama semua 
Cawangan dan  KKR  telah  turut  mengambil  bahagian  
dalam  Karnival Sukan  ini  bagi  kesemua 
8  jenis  sukan yang  
dpertandingkan  iaitu  Bolasepak, Badminton, Sepaktakraw, Bolatampar, 
Bolajaring, Pingpong, Boling dan Golf. Tahniah
  dan  syabas  kepada  pasukan  JKR  Johor 
yang  telah dinobatkan  
sebagai Juara  Keseluruhan.  Kepada  yang  belum  bernasib  baik
jangan
  berputus  asa, tingkatkan   usaha,   cuba   dan   cuba   lagi. Kepada   tuan   rumah   yang   akan 
menganjurkan Sukan JKR Se-Malaysia seterusnya, Selamat Maju Jaya diucapkan.
1Malaysia 1Sukan 1JKR!
Original article:
Gambar-gambar semasa acara sukan sedang dipertandingkan: 
 
 
syabas JKR NS!!!
ReplyDelete