Tuesday, 4 February 2014

Lawatan YAB Dato’ Seri Utama 
Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
ke Projek Masjid Baru Taman Seremban Jaya
Pada 3 Februari 2014 (Isnin)

1
 2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24

Sunday, 2 February 2014

Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri 
Pada 29 Januari 2014

Kami telah mengambil beberapa pelajar praktikal untuk menjalani Latihan Industri di Bahagian Korporat . Mereka akan dilatih dalam selok belok pengurusan pejabat, cara berinteraksi dengan pegawai atasan dan juga tatacara berkomunikasi dengan formal.

1) En. Ahnaf Azizi bin Razali
1

En. Ahnaf Azizi merupakan antara pelajar Latihan Industri yang menyertai Bahagian Pengurusan Korporat JKRNS. Beliau adalah pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan  Sarjana Muda Sains Komputer. Beliau adalah seorang yang sangat amanah dalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan. Sikapnya yang rajin jelas terpampar melalui hasil kerja yang dilakukan dan sering mendapat pujian dari Tuan Haji Razman iaitu Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan. Beliau ditugaskan untuk membantu Pn. Normarlisa menguruskan laman web Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan serta membantu menguruskan penempatan pelajar Latihan Industri di Jabatan ini. Beliau berkhidmat selama 6 bulan di Jabatan ini iaitu dari Ogos 2013 sehingga Feb 2014.

2) Muhd Hafiz bin Alias
2
En. Hafiz merupakan seorang lagi pelajar Latihan Industri yang berada di bawah pengurusan kami. Beliau adalah penuntut International Islamic College dalam jurusan Diploma Sains Komputer. Seorang yang pemalu namun sering bertanya jika mahukan penjelasan mengenai sesuatu isu. Beliau juga tidak jemu membantu pekerja yang lain bagi mengisi masanya yang terluang. En. Hafiz ditugaskan untuk membantu Pn. Normarlisa dalam aduan serta menguruskan laporan pelajar Latihan Industri yang lain. Beliau berkhidmat dari Disember 2013 sehingga Januari 2014. 

Gambar-gambar Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar Latihan Industri yang telah tamat sesi praktikal di sini. Semoga menjadi insan yang cemerlang dan disegani di masa hadapan.

Wednesday, 22 January 2014

Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan dan Penyerahan Borang Opsyen Selaras Dengan Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2013

Pada tanggal 20 Januari 2014 telah diadakan Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Dan Penyerahan Borang Opsyen kepada semua Juruteknik JKR Negeri Sembilan bertempat di Dewan Theatrette Wisma Negeri, Negeri Sembilan.

Majlis tersebut turut dihadiri hampir semua Ketua Penolong Pengarah dan Jurutera Daerah serta Juruteknik/Pelukis Pelan JKR N. Sembilan.

Tuan Pengarah, En. Abdul Karim bin Mohd Tahir telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut di mana huraian intipati amanat beliau telah disampaikan dengan jelas dan difahami semua

Acara-acara lain yang berlangsung adalah dialog antara Juruteknik dan pihak Pengurusan JKR N. Sembilan serta penyerahan Borang Opsyen Penjumudan dan Penambahbaikan Skim Juruteknik/Pelukis Pelan kepada Skim Penolong Jurutera. 

Teks Ucapan Pengarah:


Gambar-gambar Majlis